
Program Darul Mujtaba Back2School Kini Kembali!
Assalamualaikum, Darul Mujtaba ingin mengajak anda semua untuk bersama dengan kami dalam projek Back2School yang bakal berlangsung ini.
Bantuan Kelengkapan Sekolah di Sekitar Lembah Klang tahun ini untuk program Kembali ke Sekolah 2023 kali ini akan memfokuskan kepada anak anak yatim dan asnaf yang memerlukan bantuan.
Untuk setiap bantuan sebanyak RM150, anda dapat berikan bantuan kelengkapan sekolah untuk seorang pelajar. Setiap bantuan mengandungi bag sekolah, set alat tulis, set baju sekolah, kasut dan stokin sekolah.
Jom bersama dengan kami dan menjadi salah seorang yang menaja kit kembali ke sekolah tahun ini!
Walaupun sedikit sumbangan namun besar di mata mereka yang memerlukan.