Misi Ihya Ramadan 2024: Tabung Lillah Kini Kembali!


Tahun ini, ramai di kalangan masyarakat kita sedang menghadapi cabaran ekonomi yang berat, yang memberi kesan besar kepada masyarakat secara keseluruhan. Ini adalah realiti yang tidak boleh diabaikan.


Jumlah mereka yang hidup dalam kemiskinan telah meningkat lebih dari tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Banyak di antara mereka terpaksa bertahan dengan sumber daya yang sangat terhad, bahkan hanya untuk memenuhi keperluan asas.


Oleh itu, Tabung Lillah merasa terpanggil untuk bergerak ke hadapan dan mengambil langkah dalam misi untuk menceriakan hari-hari mereka yang terkesan ini sewaktu Bulan Ramadan yang bakal tiba ini.


Bagi mereka yang mampu, mari kita bersama-sama meraih pahala beramal di bulan yang penuh berkat ini dengan menghulurkan bantuan anda kepada Tabung Lillah. Setiap sumbangan anda akan memberikan makna yang sangat bererti kepada mereka yang memerlukan.

Bersama-sama, mari kita berganding tangan untuk membantu mereka InShaAllah. Sungguh pahala daripada  sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila.


عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Seperti kata Rasulullah : "Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu  sedekah jariah , ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya." 

Ayuh semua! Marilah kita salurkan bantuan ini melalui program bantuan makanan 200pax setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini kepada mereka yang memerlukan.

Sabda Rasulullah: 
"Tidak termasuk orang Mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan."
-  (Riwayat At-Tabrani) .


 



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sumbangan Ihya Ramadan 10
Sumbangan Ihya Ramadan 30
Sumbangan Ihya Ramadan 50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN